~Klik untuk maklumat lanjut ~
~Klik untuk maklumat lanjut ~
Logo Pengakap Sedunia
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu merupakan warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih membawa makna kesucian dan kebersihan.
Logo Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara -Menolong orang setiap masa - Menurut undang-undang Pengakap
Bintang pecah lima yang berwarna hijau menandakan sepuluh undang-undang Pengakap.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
Bulan Sabit menandakan agama rasmi negara Malaysia ialah agama Islam.
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap,iaitu:
- Kuning - Pengakap Kanak-Kanak(PKK)
- Hijau - Pengakap Muda(PM)
- Merah -Pengakap Remaja(PR)
Lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Dalam Hitam Putih)