Sebelum memperolehi ketiga-tiga Lencana Kemajuan,ahli Pengakap Muda(PM) itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Perkhidmatan.
Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah wajib dan mesti diperoleh oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) yang lain adalah pilihan anda mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam memberikan perkhidmatan menerusi aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti di bawah:
1.Ahli Pertolongan Cemas(Wajib)
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengetahui kaedah pemulihan nafas,melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul.
1. Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu.
2. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memperhentikan keluaran darah.
3. Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik.
4. Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku serta balutan bergulung pada anggota badan.
5. Menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya yang patah atau yang disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
6. Menunjukkan cara pemulihan pernafasan(CPR/EAR) dan Holger Nielsen.
7.Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul dengan lisan,bertulis dan telefon.
2.Ahli Anti-Dadah
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan bahaya dadah,tingkah laku negatif dan mengikuti Skim Lencana Anti-Dadah Kebangsaan(AADK).
* Sijil Anti-Dadah akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Pengakap yang layak menerimanya.
TAHAP 1
UNIT 1 : Remaja
- Perubahan
- Masalah
- Penyelesaian
- Perhubungan
UNIT 2 : Tingkah Laku Negatif
- Sebab merokok
- Akibat merokok
- Akibat Dadah
- Akibat Alkohol
- Sikap Masyarakat
UNIT 3 : Tekanan Dan Masalah Hidup
- Cabaran di dalam dan di luar sekolah
-Khidmat Bantu
UNIT 4 : Dasar Negara Mengenai Dadah
- Akta Keselamatan
- Akta Dadah Berbahaya
TAHAP 2
UNIT 1 : Amali (Pengakap Muda boleh memilih DUA daripada empat perkara di bawah)
- Menyimpan Buku Skrap
- Melukis Poster
- Menulis Esei
- Menyertai Pertandingan.
UNIT 2 : Kerja Luar(Pengakap Muda boleh memilih SATU daripada tiga perkara di bawah)
- Menyampaikan Mesej Anti Dadah.
- Membuat Lawatan.
- Menghadiri Ceramah.
3.Ahli Komuniti
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan bersama ahli masyarakat di pelbagai peringkat seperti majlis gotong-royong,aktiviti kemahiran bersama OKU,mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah komuniti.
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus semua syarat yang terkandung dalam SATU bahagian sahaja:
BAHAGIAN A
1. Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat.
2. Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap. Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
3. Mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan menerangkan kepada penilai segala pengalaman yang dialami semasa menjalankan aktiviti berkenaan.
BAHAGIAN B
1.Mengetahui 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat mengenai perkara yang berikut:
- Deria
-Intelek
- Sistem Saraf
- Paru-paru dan Jantung
- Imbangan dan Pergerakan
- Perkembangan Fizikal
- Tahap Bahasa
2. Menunjukkan kesedaran dan menerangkan 4 cara membantu orang cacat dalam kehidupan mereka.
3. Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang cacat. (termasuk perkhidmatan sosial)
4. Berhubung giat dengan orang cacat dalam tempoh tiga bulan.
5. Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian kecacatan, misalnya;
- Bahasa isyarat untuk orang pekak.
- Brailie untuk orang buta.
- Pengurusan dan penjagaan kerusi roda.
- Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat / mengusung)
6. Menyiapkan satu daripada perkara berikut:
a) Merakam sebuah cerpen atau beberapa sajak untuk orang buta.
b) Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
c) Menemani seorang orang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.
BAHAGIAN C
1. Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai:
a) Organisasi Jabatan Polis dan struktur jawatan / pangkat.
b) Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
c) Mengetahui jenis alat perhubungan (seperti radio dan ‘walkie-talkie’),sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
d) Tugas anggota polis amnya dan pembenteras jenayah khasnya.
4.Jurubahasa
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul,menulis satu karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut.
Lulus ujian yang berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda:
1. Berceramah denga Pengakap atas tajuk yang diberi oleh penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit.
2. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberikan oleh penilai.
3. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap diberi masa selama 10 minit untuk membaca senyap petikan itu.)
4. a) Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
ATAU
b) Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
ATAU
c) Berkirim-kiriman surat dalam jangka masa yang tidak kurang daripada enam bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.
5.Kuartermaster
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Kuartermaster(QM) dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan,menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan.
Melakukan Kumpulan Ujian 1 – 6 ATAU Kumpulan Ujian 7 – 14.
KUMPULAN UJIAN A : 1 - 6
1. Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
2. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:
a. Cara menjaga tali-menali : membuat pemecut, mematikan hujung tali,menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya
b. Cara menjaga khemah : memperbaiki tali penarik, menampal / menjahit koyak yang kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya
c. Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya
3. Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
4. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:
a. Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap.
b. Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau lain- lain kod berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan dan kertas lukisan.
6. Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak dibeli.
ATAU
KUMPULAN UJIAN B : 7 – 14
7. Telah membantu Kuartermaster(QM) dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-kanak dengan baiknya selama lima hari.
8. Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan:
a) Tali-menali
- melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan
b) Khemah
- -memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah
c) Alatan
- mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan
d) Alatan Masak
- membersih, memeriksa dan menyimpan
9. Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan.
10. Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit / gunung dan perahu.
11. Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan penilai.
12. Menerangkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan.
13. Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
14. Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu Kuartermaster(QM).
6.Pemadam Api
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan tindakan semasa kebakaran,berkebolehan dalam menggunakan peralatan memadam kebakaran.
1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempatan.
2. Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alatan gas dan minyak petrol; pengawasan bunga api, lilin, unggun api dan perhiasan rumah.
3. Merancang persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu.
4. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran, mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu mengawal kejadian itu.
5. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dari masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima panggilan itu dan sebab tindakan sedemikian diambil.
6. Mengetahui:
a) kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderet.
b) cara menggunakan pam kaki (stirrup pump) dan pam tangan.
c) cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, ‘gas cartridge’, karbon tetraklorida dan buih, serta mengetahui jenis pemadam yang sesuai bagi mengawal jenis api yang tertentu.
7. Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya.
7.Pemandu
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan menunjuk arah suatu perjalanan dengan mengetahui kedudukan tempat-tempat penting dan utama berpandukan peta kawasan berkenaan.
1. Menunjukkan kepada penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu.
2. Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat penting berikut:
a) Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital, klinik dan ambulan.
b) Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
c) Perhentian bas, Stesen Keretapi, Jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat-tempat yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
d) Ibu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga,Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
e)Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya,Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahli dalam Patrolnya.
3. Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang turut bersama.
4. Mengarah dengan jelas arah jalan yang mudah diikuti oleh pelawat ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan kenderaan awam, berbasikal atau berkereta.
8.Pemelihara
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan bersama ahli masyarakat berkenaan konservasi dan pemuliharaan alam semula jadi dan membuat kajian tempatan perkara berkenaan.
1. (a)Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk usaha yang sedang dijalankan oleh pertubuhan pemeliharaan di negara ini.
(b) Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
(c) Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau yang berpanjangan.
2. Mengetahui sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya: menerangkan cara hendak mengawal pencemaran itu.
3. Mengetahui bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara satu sama lain.
4. Memberi empat contoh, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri, bagaimana alam semula jadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana dengan cara pemeliharaan, kerosakan dan kemusnahan boleh dielakkan atau dicegah.
5. (a) Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan,satu daripadanya kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklah mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan boleh dibuat pada hujung minggu.
(b) Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kajian berikut kepada penilai:
(i) Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.
(ii) Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.
(iii) Pemeliharaan hidupan liar : binatang / tumbuhan.
(iv) Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.
#Kajian ini boleh dibuat sendiri atau bersama seorang Pengakap lain yang juga mengambil ujian yang serupa dengan syaratnya laporan mesti berasingan.
6. Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sehari.
9.Pengawal Perkhemahan
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya.
1. Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya empat tapak perkhemahan yang berlainan.
2. Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah, negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.
3. Menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini:
a. Menggunakan kayu arang untuk memasak.
b. Membuat unggun api.
c. Memasang khemah patrol.
d. Menyidai kain basah dan menganginkan alas tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan.
e. Mencegah ‘kebakaran’ di perkhemahan.
4. Menerangkan dan, mana yang boleh menunjukkan cara yang digunakan dalam perkhemahan untuk kerja berikut:
a. Membuang meja makanan.
b. Membuat tandas
c. Menjaga alat memasak
d. Menjaga air minum dan makanan
e. Menjaga alatan perkhemahan
5. Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik.
6. Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
7. Menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:
a. Kapak penebang.
b. Gergaji
c. Alat-alat ketuk (tukul)
d. Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan sebagainya.
8. Membincangkan dengan penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dan dimajukan lagi.
10.Penyelamat Nyawa
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan cara pemulihan nafas CPR dengan betul.
1. Telah memperolehi Lencana Ahli Renang.
2. Menunjukkan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri, pertama di darat dan kedua di dalam air.
3. Menunjukkan kemahiran yang berikut:
a. ‘chin tow’
b. ‘cross tow’
c. ‘extended tow’
4. Melemparkan tali penyelamat sepanjang 10 meter di antara 2 pancang jaraknya 1 meter dengan kejayaan 2 kali daripada 3 kali lemparan.
5. Menunjukkan cara menyelamatkan mangsa dari rumah terbakar yang terhidu racun gas, yang kemalangan jalanraya dan yang kena kejutan elektrik.
6. Menunjukkan cara pemulihan penafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung.
11.Setiausaha
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit mesyuarat,membuat urusan dengan pihak berkenaan dan menyediakan laporan sesuatu program.
1. Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap di peringkat Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Kumpulan Pengakap.
2. Di hadapan Penilai:
a. Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan.
ATAU
b. Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan mengantikan riben mesin taip atau mesin pencetak.
3. Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara dan minit mesyuarat itu.
4. Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan pembelanjaan bagi Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank.
5. Menulis sepucuk surat atas tajuk yang diberikan oleh penilai; membuat draf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.
6. Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai Bayaran Kiriman Pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri.
7. Menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara Kumpulan atau menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan atau Daerah.
8. Mengendalikan pengurusan fail.
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana perkhidmatan,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log.(Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.