Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negera, ahli Pengakap Muda mestilah telah memegang Lencana Jaya selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.
Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap itu layak.Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda(PM) sebelum Anugerah Pengakap Raja. Wisel dipasang pada Rambu Pengakap Muda sekiranya penerima anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi sesiapa yang telah lulus kesemua ujian lencana dalam kategori kewajiban,kemajuan dan kepandaian serta mempunyai buku log yang telah disiapkan berdasarkan ujian lencana yang telah lulus,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.