Unit Pengakap Remaja(PR) adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap,iaitu pertama Pengakap Kanak-kanak(PKK),kedua Pengakap Muda(PM).Bahagian ini adalah untuk budak-budak pengakap yang berumur 15½ tahun hingga 17 tahun.
Tujuan bahagian ini adalah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda(PM).Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda(PM) yang sudah sampai umurnya 15½ tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja(PR).Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.
(a)Setelah mendapat Lencana Keahlian dan teruskan,
(b)Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha,Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi.
Pengamalan sistem berpatrol dalam unit Pengakap Remaja(PR) adalah sama seperti bagi Pengakap Muda(PM).Cogan kata bagi unit ini ialah Pandang Luas(Look Wide).