Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya.
Sebelum layak mendapat lencana ini, anda mestilah terlebih dahulu mendapat Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kegemaran.Selain itu,anda juga dikehendaki untuk mendapat TIGA(3) Lencana Pengetahuan.Untuk lulus Lencana Maju,anda perlu lulus ujian-ujian berikut:
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri
2. Melukis bendera semua negeri-negeri di Malaysia
3. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
2. Kawat Tongkat
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera
4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji
2. Teknik menggunakan kapak
- Tindih Kasih Berganda (Double Bowline)
- Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
- Lilit Pasdul (Marlinespike Hitch)
- Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
- Lilit Pemati Selit (Sail-maker's Whipping)
- Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
- Sambat Balik (Back Splice)
- Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing)
4. Memasak masakan rimba:
- Menghidupkan api
- Roti Lilit
- Ikan
5. Model projek perintis
6. Kajian 1 perkara berikut:
- Burung, binatang dan pokok tempatan
- Lawatan bangunan / kawasan penting
- Kawasan tempatan
7. Berkhemah sekurang-kurangnya 8 malam
8. Langkah keselamatan berenang
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar
10. Melakukan 2 perkara berikut:
- Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah dan keperluan berkhemah
- Memasak untuk 2 orang
D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bearing
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta
3. Mengembara 16km(Ekspedisi 16km) dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log
4. Ikhtiar hidup
E. Perkhidmatan
1. Balutan- kepala, lutut dan lengan
2. Tindakan kecemasan
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan
4. Khidmat sukarela/Khidmat Masyarakat
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana maju,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log.(Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.