Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa dia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas ini.
Jika anda merupakan ahli Pengakap Kanak-kanak(PKK),anda tidak perlu mengambil ujian ini lagi dan hanya perlu melalui istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-Kanak(PKK) ke Pengakap Muda(PM) untuk dilantik sebagai ahli Pengakap Muda(PM).
Sebelum dilantik menjadi Pengakap,anda perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.Untuk lulus Lencana Keahlian,anda perlu mengetahui kandungan-kandungan berikut:
1. Peraturan pakaian seragam Pengakap
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell.
- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana keahlian,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.