Pasukan Pengakap dibahagi kepada beberapa unit Pengakap,iaitu Pengakap Kanak-Kanak(PKK),Pengakap Muda(PM),Pengakap Remaja(PR) dan Pengakap Kelana(PK).Setiap unit dalam pasukan pengakap mengamalkan sistem berpatrol yang diperkenalkan oleh B-P semasa beliau berkhidmat dengan Tentera Darat British di India.
Setiap unit mempunyai cogan kata masing-masing seperti yang berikut:
Pengakap Kanak-Kanak(PKK)-Buat Habis Baik(Do The Best)
Pengakap Muda(PM)-Selalu Bersedia(Be Prepared)
Pengakap Remaja(PR)-Pandang Luas(Look Wide)
Pengakap Kelana(PK)-Berkhidmat(Service)
Selain daripada 4 unit tersebut,pengakap juga mempunyai 3 bahagian,iaitu Pengakap Darat,Pengakap Udara dan Pengakap Laut.Di sini,kami hanya memberi pengetahuan berkaitan dengan Pengakap Darat.
Bagi ahli pengakap yang berminat untuk mendalami Pengakap Udara dan Pengakap Laut,anda boleh mencari laman sesawang.Kami juga sedia membantu anda untuk memberi informasi tersebut jika anda telah menyoal melalui google form yang telah kami sediakan.