Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda,iaitu Lencana Usaha dan Lencana Maju, ahli Pengakap Muda(PM) dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA(3) Lencana Pengetahuan.
Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperoleh oleh setiap Pengakap Muda dan DUA(2) yang lain adalah pilihan anda mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah:
1.Ahli Berkhemah(Wajib)
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah perkhemahan paling tinggi,mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah,memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya.
1. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam.
2. Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent).
3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah khemah patrol.
4. Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan.
5. Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan.
6. Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster(QM).
7. Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gajet yang lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan.
8. Memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran.
9. Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan yang paling tinggi.
2.Ahli Elektronik
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukkan kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul.
1. Menunjukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah dipasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah. Terangkan dengan bahasa umum yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satu itu berfungsi.
2. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis alat elektronik untuk kegunaan rumah tangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tiap-tiap satu itu berfungsi.
3. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh digunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat ‘resistors’, capasistors’ dan ‘coils’ bagi membuat satu litar elektrik yang mudah.
4. Membuat litar elektrik bagi menyalakan lampu LED.
3.Ahli Ilmu Perintis
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam ilmu perintis dengan mengenali pelbagai jenis tali,kaedah menggunakan simpulan dan ikatan dengan betul,mebina pelbagai jenis model projek perintis seperti menara,pintu gerbang dan sebagainya.
1. Mengetahui ciri utama berbagai-bagai jenis dan ukuran tali yang dibuat daripada serabut biasa. Menunjukkan bagaimana menggulung dan menjaga tali dan cara menguji keteguhannya.
2. Boleh menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali.
3. Mengerti serta menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage) untuk peneroka yang boleh digunakan bagi berbagai-bagai projek, tempat dan keadaan tanah termasuk tanah yang gembur dan lembap.
4. Menunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali yang digunakan dalam kegiatan penerokaan.
5. Mengetuai patrol membuat satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya.
6. Dengan jayanya mengetuai patrol membuat projek yang direkanya sendiri dengan terlebih dahulu berbincang dengan penilai tentang rangka-rangka, model, cara membuatnya, alatan yang digunakan dan jangka masa bagi menyiapkan projek itu.
4.Ahli Komputer
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam bidang komputer dengan mengetahui sejarahnya,komponen asasnya,sistem pengoperasian dan kegunaannya,menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai jenis perisian seperti Microsoft Office,Windows dan sebagainya.
1. Mempunyai sebuah komputer (Personal Computer) atau telah menggunakan komputer di sekolah sekurang-kurangnya 12 bulan.
2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya.
3. Mengetahui sejarah ringkas komputer.
4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan.
5. Mengetahui mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System-OS) dan kegunaannya,misalnya DOS, Macintosh OS(MAC OS),Linux,UNIX dan sebagainya.
6. Mengetahui mengenai virus komputer dan cara mencegahnya.
7. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri.
8. Menyediakan satu pengaturcaraan komputer persembahan komputer Microsoft Power Point dan sebagainya
ATAU
Mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti Microsoft Words dan sebagainya.
5.Ahli Mekanik
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam bidang mekanikal dengan menunjukkan kebolehan merawat(service) pelbagai jenis enjin,mengetahui bahagian asas enjin motosikal,menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri dan sebgainya.
Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN iaitu Bahagian A, B atau C yang dipilihnya.
BAHAGIAN A
1. Mengetahui perbezaan di antara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang.
2. Mengetahui bahagian asas motosikal.
3. Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal.
4. Menukar minyak pelincir motosikal; dan mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu.
5. Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiub yang bocor dan memasangnya semula.
6. Mengetahui cara membetulkan ‘clutch’ dan brek motosikal.
7. Menukar mentol motosikal yang terbakar/pecah.
8. Mengetahui cara menegangkan rantai motosikal yang kendur.
9. Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal.
BAHAGIAN B
1. Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol (valves) atau transistor, di atas sekeping papan. Jika dikehendaki pendengar telinga (headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit) penerima radio itu dan terangkan kepada penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian alat yang digunakan.
2. Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemateri (soldering iron) dan tahu berjaga-jaga apabila menggunakan pemateri pada transistor dan litar elektrik.
3. Mengetahui betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC(Alternating current)/DC(Direct current), seperti memasang sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum menutup suis memotong tenaga elektrik itu.
4. Memperbaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar longgar, bunyi bising atau bateri lemah.
5. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan lesen radio amatur (transceiver).
BAHAGIAN C
1. Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih daripafa 2 kuda kuasanya dan mengetahui cara menyelenggarakannya.
2. Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara menyelenggarakan enjin laut diesel.
ATAU
Dengan bantuan minima, membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboard engine) serta memasangkannya pada bot dengan betul. Menerangkan cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa belayar.
6.Ahli Penukang
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam bertukang dan menunjukkan kebolehan menggunakan peralatan pertukangan yang betul dengan membuat bakul,barangan kulit,menjilid buku,rak buku dan sebagainya.
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus semua ujian dalam mana-mana TIGA bahagian (pilihan sendiri) di antara A, B, C, D dan E.
BAHAGIAN A – Pembuat Bakul
1. Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul daripada rotan, rumput atau jerami.
2. Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat bakul itu dan bagaimana ianya diproseskan.
BAHAGIAN B – Penjilid Buku
1. Tugas : Memelihara berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
2. Teknik, Media dan Proses.
3. Kekemasan dan Persembahan
i. Ketepatan dan kebersihan bekerja.
ii. Hiasan pada kertas rusuk.
4. Penilaian
i. Pengetahuan – konsep, prinsip dan aplikasinya.
ii. Proses atau tatacara
iii. Hasil kerja – kekemasan, ketahanan, kebersihan.
5. Pemeliharaan dan Penjagaan
i. Cara menyimpan buku.
ii. Cara menggunakan buku.
BAHAGIAN C – Ahli Penyambung
1. Memasukkan skru sedalam 3.5 cm dengan tidak merosakkan kayu atau skru itu.
2. Memaku penutup peti (ensel) dengan betul dengan menggunakan papan tebalnya 2 cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
3. Membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa. Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tidak boleh lebih daripada 1.6 mm.
4. Mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan separuh.
5. Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
6. Mengetahui jenis kayu : 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu sederhana keras dan 3 jenis kayu keras.
BAHAGIAN D – Tukang Kulit
1. Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara dijahit atau dipakukan.
ATAU
Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri ; rantai kunci, wogel, sarung kapak/ pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan corak yang berwarna; mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran warna.
2. Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang dipilihnya itu.
3. Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.
BAHAGIAN E – Percetakan
1. Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakkkan surat sebaran tersebut.
2. Mengenali jenis huruf percetakan mengikut saiz (point-system) dan namakan enam jenis.
3. Mengetahi semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama berbagai-bagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuran.
7.Ahli Perahu Dayung
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui ilmu pengetahuan dalam berdayung dengan menunjukkan kebolehan membaiki kerosakan kecil pada perahu dayung,mengetahui langkah-langkah keselamatan di air,mengetahui kegunaan pelbagai jenis ikatan dan simpulan seperti Tindih Kasih Air(Water Bowline),Bunga Geti Berganda(Double Sheet Bend) dan lain-lain.
1. Berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
2. Melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
3. a) Mempunyai pengetahuan berhubung dengan perahu dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
b) Menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
c) Terangkan kegunaan ikatan berikut:
i. Tindih Kasih Air (Water Bowline)
ii. Bunga Geti Beranda (Double Sheet Bend)
iii. Ikatan Pengail (Fisherman’s Bend)
iv. Lilit Dua Simpul(Round Turn Two Half Hitches)
d) Mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
4. Mempunyai pengetahuan tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan perahu dayung.
5. Berdayung seorang sendiri dan menjalankan latihan berikut:
a)Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai.
b)Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.
8.Ahli Perhubungan
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam memahami kaedah perhubungan seperti Semaphore,Kod Morse,Kod 'Q',dan mengetahui peraturan komunikasi yang betul yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM).
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus semua ujian bahagian A atau B.
BAHAGIAN A
1. Memahami apa itu ‘Semaphore’ dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat A – Z, nombor 0 – 9 dan segala isyarat lain yang penting.
2. Menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S dan sebagainya.
3. Menghantar dan menerima berita dengan kod ‘Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter.
BAHAGIAN B
1. (a) Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir- butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
(b) Membincangkan dengan penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log, misalnya tentang alatan yang digunakan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.
2. Membincangkan dengan penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungi beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
3. Menerangkan sekurang-kurangnya 10 jenis semboyan ‘Q’ antarabangsa.
4. Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh SKMM/Jabatan Telekom berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakasan radio ‘walkie-talkie’.
9.Ahli Perhutanan
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan,menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut.
1.Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan.
2.Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuh-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tuap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat yang akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga.
3.Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang hendak ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok.
4.Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenaan dengan mengguna dan menyimpan kapak.
5.Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusun dengan kemas potongan itu.
6.Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan / Hutan Lipur.
10.Pelihat
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis objek dalam permainan Kim,mengenali pelbagai jenis tapak kaki binatang,burung dan melakukan aktiviti menjejajak di suatu kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5km.
1.Dalam permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis benda berlainan selepas melihatnya selama satu minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut dan tiap-tiap jenis benda itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.
2.Mengenali 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja.
3.Membuat laporan lisan tidak kurang daripada satu minit berkenaan dengan satu kejadian yang dilakonkan yang melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu mestilah mengandungi kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih oleh penilai.
4.Membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah mengenai burung atau hidupan liar) dan kesan-kesan tayar motokasikal atau basikal. Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan menaruh label tarikh dan tempat diambilnya dengan betul dan terang.
5.Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan lain-lain.
11.Pengembara
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan kaki,berbasikal,berperahu atau berakit,mengetahui persediaan dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta.
1.Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup.
2.Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan dengannya dengan rapi.
3.Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat peta mengandungi semua jalan kampung dan tali air dalam lingkungan 2 kilometer daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada penilai bagi kelulusannya dan selepas itu menjalankan pengembaraan itu sendiri atau bersama seorang Pengakap lain.
4.Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandu kepada kompas dan peta sahaja.
12.Tukang Masak
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis masakan seperti kari daging,manisan,bubur kacang,sup dan sebagainya.
1.Mengetahui terma/bahasa masakan umum seperti tumis, cincang, parut, seram kuku, manis-manis buah dan sebagainya.
2.Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut:
a) Telur goreng
b) Pisang goreng
c) Bubur kacang
d) Sambal tumis
e) Sup
f) Masak kicap
g) Asam pedas
h) Sayur campur
3.Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan di bawah ini:
a) Nasi putih
b) Kari daging
c) Sejenis masakan daripada sayur
d) Manisan
e) Kopi atau teh
4.Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak.
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana pengetahuan,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.