Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Muda(PM) sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya.
Sebelum layak mendapat lencana ini, anda mestilah mendapat Lencana Usaha,DUA(2) Lencana Kegemaran,Lencana Maju dan TIGA(3) Lencana Pengetahuan terdahulu.Selain itu,anda juga dikehendaki untuk mendapat TIGA(3) Lencana Perkhidmatan.Untuk lulus Lencana Jaya,anda perlu lulus ujian-ujian berikut:
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik
2. Sejarah tertubuhnya Malaysia
3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri
4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri(DUN)
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
2. Kawat Tongkat semasa berjalan
3. Halangan Komando
C. Kepimpinan
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju
2. Kebolehan:
- Merancang dan menjalankan pengembaraan
- Merancang Malam Pengakap
- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol
3. Membawa bendera
D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III, IV dan V:
Kumpulan I - Cabaran
1. Mendayung perahu ATAU melayarkan sampan layar
2. Mendaki bukit
3. Pengembaraan malam selama 8 jam
Kumpulan II - Amali
1. Pekerjaan tangan / tukang gambar
2. Mekanik
3. Kod fonetik antarabangsa
4. Khidmat Masyarakat
Kumpulan III - Kesungguhan
1. Pengembaraan 24 km(Ekspedisi 24km) atau berbasikal 50 km #Dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah.Menyediakan laporan bertulis dalam buku log
2. Gimnastik / seni mempertahankan diri
3. Membuat bekalan dari makanan kering
4. Melakukan 1 di antara berikut:
- memanah
- memancing
- kajian barang purba
- kajian isi bumi
- pemeliharaan alam sekitar
Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan
2. Pertunjukkan hiburan amatur
3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap
Kumpulan V - Kemahiran Berpengakap
- Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
- Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)
- Simpul Ngah (Middleman's Knot)
- Tindih Kasih Air (Water Bowline)
- Ikatan Pengail (Fisherman's Knot)
- Sambat Mata (Eye Splice)
- Lilit Ular / Kacang (Floor/ Snake Lashing)
- Ikat Silang Tungku (Tripod/ Figure 8 Lashing)
2. Mendirikan pondok sementara
3. Projek perintis
E. Perkhidmatan
1. Rawatan dan Pertolongan Cemas:
- Rawatan patah tulang
- Usungan pesakit
2. Kegunaaan kayu tuap
3. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut
3. Perkhidmatan 6 jam
Kepada ahli Pengakap Muda(PM) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana jaya,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.