Lencana Perkhidmatan ini adalah berbeza dengan Lencana Perkhidmatan dalam unit Pengakap Muda(PM).
Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Remaja(PR) sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.
1) Menyelamatan Nyawa
Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:
a. Pertolongan Cemas
Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh pegawai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Persatuan Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.
b. Pemadam Api
Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
c. Penyelamat Nyawa
Penyelamat Nyawa atau ‘Bronze Medallion’ daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM).
2) Perkhidmatan Masyarakat
Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,JKKK) atau seumpamanya.
Kepada ahli Pengakap Remaja(PR) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana perkhidmatan,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log.(Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.