Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja(PR) sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni muzik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.
Untuk lulus Lencana Kegiatan,anda perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut :
1. Pementasan
2. Bertukang Kayu / Logam
3. Tarian kebudayaan
4. Kraftangan / Kerjatangan
5. Seni Mempertahankan Diri
6. Muzik
7. Urusetia
8. Pertanian
9. Komputer
Kepada ahli Pengakap Remaja(PR) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana kegiatan,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.