Seorang Pengakap Remaja setelah mendapat kesemua 5 Lencana Tertinggi (maksimum 1 lencana dalam masa 1 bulan) boleh dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN), dengan syarat-syarat berikut :
1. Lulus semua ujian Lencana Tertinggi sekurang-kurangnya 2 bulan selepas.
2. Menunjukkan Sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.
3. Mengamalkan prinsip Pengakap.
4. Berkelakuan baik dan disegani.
Cara Memakai Lencana Pengakap Remaja dan Rambu Pengakap Remaja
Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap.Seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan diberi Lencana Pengakap Raja dan Sijil Diraja Pengakap Raja.
Reka bentuk lencana ini bermotifkan Tengkolok Diraja,iaitu tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.Dengan demikian ianya dengan sendirinya membawa makna yang tepat di atas kedudukan nilai lencana ini.Kedudukan Tengkolok Diraja di atas reka bentuk ini membayangkan perintah Raja dijunjung dan dimuliakan.
Motif Tengkolok Diraja ini membawa pengertian yang mendalam kepada Pengakap bila ia dianugerahkan lencana ini.
Motif itu diletakkan dalam satu bentuk berupa kubah masjid yang membawa makna Malaysia adalah sebuah negara Islam dan Raja menjadi ketuanya.
Reka bentuk di bahagian bawah motif Tengkolok Diraja itu dihiasi dengan ikatan Persaudaraan Pengakap dan perkataan Pengakap Raja yang bermakna bahawa lencana ini hanya boleh dipakai oleh Pengakap Raja sahaja.
Warna kuning latar belakang lencana ini membawa makna warna diraja dan warna hijau di tepi sekeliling lencana ini adalah warna pengakap.
Kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan Tengkolok Diraja ini menunjukkan kesetiaan dan kasih kepada Raja.
Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja.
Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu :
A. Tanggungjawab
B. Khidmat Masyarakat
C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan
D. Kegiatan
Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Dalam masa itu, seseorang calon akan :
1. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam.
2. melawati tempat-tempat bersejarah.
3. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan.
4. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap.
Menyerahkan kesemua Buku Log asal,segala laporan dan sijil asal kepada Pesuruhjaya atau wakilnya melalui Pemimpin Unit dan Pesuruhjaya Daerah seterusnya yang memastikan Pengakap Remaja tersebut telah memenuhi semua syarat yang dikehendaki.
Mengarahkan Pengakap Remaja tersebut menghadiri Perkhemahan Pentarafan yang dikendalikan oleh Pengerusi Latihan Negeri/Lembaga Pentaraf Pengakap Raja atau arahan Ketua Pesuruhjaya Negara.
Ketua Pesuruhjaya Negara setelah berpuas hati bahawa Pengakap Raja tersebut benar-benar layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan,akan menganugerahkan Lencana dan Sijil Diraja Pengakap Raja setelah berunding dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Kepada ahli Pengakap Remaja(PR) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi sesiapa yang telah lulus kesemua ujian 5 Lencana Tertinggi serta mempunyai buku log yang telah disiapkan berdasarkan ujian lencana yang telah lulus,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti tentang ujian sikap Pengakap Raja. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.