Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja(PR) sebagai mengakui pengetahuan pengakap dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
Untuk lulus ujian Lencana Jayadiri,anda dikehendaki:
i. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen
ii. Melukis dan menerangkan rekabentuk bendera semua Negeri dala Malaysia dan mengetahui jata Malaysia dan negeri masing-masing.
iii. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FAMA, FELDA dan lain-lain.
iv. Melukis peta negeri masing-masing serta menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
v. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
Kepada ahli Pengakap Remaja(PR) Pasukan Pengakap Kumpulan 40 Daerah Nibong Tebal:
Bagi pengambilan ujian lencana jayadiri,sila menghubungi kami untuk mendapatkan info yang lebih teliti dan format buku log. (Cara menghubungi telah dinyatakan di bawah.)
Sekian,terima kasih.